Thursday, September 30, 2010

JAMUAN HARI RAYA JPM DAN PJSS 2010

Tarikh     : 30 September 2010
Tempat   :  Bangunan GERKO
Menu       :  sate ayam, kuah kacang, nasi himpit, laksa, lemang, rendang, cendul, rojak, buah-buahan, air oren




Pergi ke hutan ambil tuba,
Dapat seikat akar cemara,
Hari raya sudah tiba,
Sekian umat sama gembira.

Buah kepaya isi halia,
Buat berniaga di kampung pinang,
Menyambut raya hari mulia,
Macam syurga ada di dunia.

Sayang Cik Zainal ke Simpang Empat,
Sambil membawa petai sepapan,
Daging rendang serta ketupat,
Hari raya kita raikan.

Bila dikenang zaman dahulu,
Hari yang sayu bertambah pilu,
Minta maaf ayah dan ibu,
Makan bersama wajik bahulu

Satu dua tiga empat,
Anak udang terlompat-lompat,
Mari saudara mari sahabat,
Sama-sama jamu ketupat.

Kayu gelam buat tongkat,
Pakai berjalan orang kaya,
Kirim salam jauh dan dekat,
Sempena mulia hari raya.

Asam paya tumbuh serumpun,
Berselang dengan pohon rambai,
Mohon maaf dengan ampun,
Air mata jatuh berjurai.

Pergi ke hutan mengambil rotan,
Dapat sebatang tapak rusa,
Takbir tahmid bersahut-sahutan,
Puji-pujian Allah yang Esa        

Sunday, September 5, 2010

JEJAK BAHASA

Program Jejak Bahasa
Tarikh    :  5 ogos 2010
Tempat  :  Sekitar Pulau Pinang
Objektif  :  mencari seberapa banyak kesalahan bahasa sambil bersantai